DOA PELINDUNG DIRI DARI SERANGGA DLL KETIKA KELUAR RUMAH



السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

Sempena 10 malam terakhir Ramadhan Al-Mubarak ini, penulis ada satu doa untuk dikongsikan bersama iaitu "Doa Pelindung Diri Ketika Keluar Rumah" yang baik diamalkan selain dari Doa Elak Mudarat, iaitu BISMILLAHILLAZI LA YADURRU MA'ASMIHI SYAIUN FIL ARDI WA LA FIS SMA'IE, WAHUWAS SAMI'UL 'ALIM yang telah disiarkan didalam blog sebelum ini. 

Boleh dibaca bersama-sama dengan Doa Pelindung Diri dibawah ini yang senantiasa diamalkan oleh anakanda penulis yang sedang menuntut di UPM, Serdang ketika menghadiri aktiviti luar seperti "Jungle Tracking" atau "Camping" diluar kawasan.

Insyaallah terlindung dari gigitan serangga seperti nyamuk, tebuan, agas-agas, pacat, lintah dan termasuk juga binatang bisa seperti lipan, ular, kala jengking dll dan gangguan jin dan syaitan.



أَعُوذُ بِكَلِمَاتِ الله التَّامَّات مِنْ شَرِّ مَا خَلَق

A'udhu zu bi-Kalimatillahi't-tammati min sharra maa khalaq 

Maksudnya:

Aku berlindung dengan kalimah-kalimah Allah yang sempurna daripada segala kejahatan makhluk. (Riwayat Muslim)

Fadhilatnya:


Daripada Abu Hurairah r.a, sesiapa yang membacanya pada waktu pagi dan petang sebanyak 3 kali nescaya tidak dibahayakan oleh segala jenis racun atau jenis sengat binatang (Riwayat Ibnu Hibban).

Sekian wasallam.

Share on Google Plus

About Captain

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment
    Facebook Comment